Sunday, June 15, 2008



Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Bagi Matapelajaran Sejarah Tingkatan 5: Keputusan agak mengecewakan.Ramai pelajar di SMK Chiku 2 menganggap peperiksaan pertengahan tahun sebagai main-main khususnya bagi matapelajaran Sejarah.Sikap sambil lewa dalam menjawab soalan ketara sehinggakan ruangan jawapan kosong kerana pelajar tidak menjawab.

No comments:

Sajak

MENGGENGGAM TANAH MERDEKA

Ini tanah pusaka, tanah azimat
Warisan daripada pejuang keramat
Yang tidak gentar walau 1000 peluru menggugat
Demi mendaulatkan tanah tercinta ini

Setengah dekad usianya, tanah ini
Semakin mengharum, semakin megah
Mencapai angkasa sarwajagat
Menjulang jalur gemilang di persada terbilang

Tetapi tanah mana tidak berhujan sembilu
Yang sesekali mendatang menunjuk laku
Mengangkat gah mencabar regu
Mengejek sahabat untuk beradu

Namun tanah ini,tanah subur
Menumbuhkan pemimpin bijaksana
Yang pantas membaca lakaran cabaran peta perdana
Lantas membetulkan hala kompas bangsa

Bersama semangat anak-anak perkasa
Tanah ini terus berdiri waras di hadapan dinding masa
Mempertahankan khazanah ayahanda
Mencanagkan indahnya budi jasa bonda

Dalam megah tanah ini,tanah jasa
Tetap menghomati pada mereka
Yang menaburi bunga wangi
Tetap dihargai tanda bangsa beradab berhati suci

Tanah ini ,tanah merdeka
Tanah ini,tanah keramat
Dalam barisan mengunjung budaya
Mengisi agenda cemerlang negara
Demi satu bangsa Malaysia yang sejahtera

Di atas tanah sejarah,kamilah anak-anaka merdeka
Yang kini mengunjung segenggam tanah pusaka
Warisan daripada pejuang keramat
Yang tidak akan kami lepaskan kembali.